Thursday 19 April 2012

Ajid Dah Merapu..

Hye Semua.. Assalamualaikum bagi yang Muslim..

first of all... Terima Kasih banyak-banyak kepada kamu, kamu, dan kamu yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.. ikhlas dari hari Ajid.. huhu..

Jadi.. dalam semenjak dua menjak nehh (betul ke ayat aku ni?) Ajid rasa sesuatu yang tak kena. dan kompom-kompom pasal masalah hati. memang susah kan kalau kita ada masalah dengan hati. Hati adalah sesuatu yang tidak boleh diramal oleh manusia-manusia lain. dan kadang-kadang tuan punya hati tu pon tak boleh nak jangka hati dia sendiri. memang tabik spring toink toink la kat sapa-sapa yang boleh baca hati orang lain.. 

ada orang cakap. penantian tu sesuatu yang indah. tapi tak semua penantian yang indah tu akan indah selamanya. kalau di ikutkan. Ajid kalau boleh.. da tak nak menunggu seseorang. Ajid takut pisang berbuah dua kali.. pengalaman Ajid dulu-dulu memang membuatkan Ajid takut. tapi. Manusia diciptakan dengan sesuatu yang indah. dan yang indah itu adalah CINTA. 

tapi..
disebalik keindahannya kadang kala terpalit satu ketakutan bagi seseorang.. dan Ajid salah seorang dari mereka-mereka yang merasai ketakutan disebalik keindahan Cinta. untuk Mencintai seseorang itu mudah. tapi adakah mudah juga bagi seseorang itu untuk dicintai. Jawapannya adalah terpulang kepada seseorang yang melalui Jalan atau Lorong Cinta itu. dan bagi diri Ajid sendiri jawapannya adalah TIDAK.

Ajid sering rasakan diri ajid dah cukup kuat untuk terima segala kenyataan tentang Cinta keatas diri ajid. tapi ajid silap... tak sekuat yang disangkakan. Sering sangat ajid rasa nak mengalah bila fikir bab Cinta. memikirkan tentang orang yang akan membahagiakan ajid sampai akhir hayat nanti. orang yang sanggup berkongsi hidup dengan ajid sampai bila-bila. yang boleh terima ajid seadanya. yang boleh terima keluarga ajid, ibu, ayah sebagai sebahagian dari hidup selepas ni. 

Orang ramai cakap kat ajid. ni bukannya masa untuk bercinta belajar dulu..(hehehe) sampai bila. sekarang tengah belajar. cakap belajar dulu.cinta-cinta tu nanti...  nanti bila da kerja. orang cakap lak kerja dulu. cinta-cinta tu nanti. The question is!(amboi speking) salahkah kalau kita CUBA mencari kebahagiaan diri sendiri.. kita CUBA. walaupun kadang-kadang yang berlaku sebenarnya tidak seperti yang diharapkan.. at least kita CUBA. It's that wrong.(beranak kat perak je pon.. nak speaking.. puiii).. 

mungkin masa setahun ni tak cukup bagi dia dan bagi ajid sendiri. ajid banyak kelemahan. banyak sangat-sangat. ajid tak pandai nak amik hati orang. ajid tak pandai nak buat lawak bagai. ajid tak pandai nak romantik-romantik.. tapi.. ntah laa... hurmm...

Thursday 12 April 2012

Tidur + Terlebih = Malas

Assalamualaikum... Hai geng. sihat?? haha. 

jadi. semenjak dua menjak tiga menjak ni. kemalasan memang sering menghantui ajid. entah kenapa. tidur dah jadi macam hobi dah. blogging. tengoklah sendiri... 4bulan dah tinggal. adui.
tapi tu takpa lagi.
kelas.
alamak.. memang boleh dikira banyak jugak la miss sem neh. terutamanya kelas pagi. memang selalu sangat miss. nasib baik la semua lecturer sporting. tapi yang rugi ajid jugak.. nak cover topic boleh tahan banyak.. kalo semua subjek 1+1 takpa la jugak. aduii.. nasib baik la test semua ok.. cuma time carrier mark nantilah yang jadi masalah. markah kehadiran memang comfirm-confirm la sikit.
aktiviti kolej.
memang lah benda ni tak diwajibkan. tapi ada markah. dan yang paling buruknya bagi Ajid sendiri. aktiviti kolej memang jarang sangat-sangat sertai..
tubuh.
memang badan Ajid nie sekarang da macam kingkong. silap kingkong pon ingat ajid ni abang or adik dia. haha. memang diakui badan ajid sering letih. lenguh. mungkin disebabkan banyak sangat tidur. tapi sebenarnya bukan banyak tidur.. ajid still tidur time tidur.
sukar tidur malam.
yang ni jadi masalah.
masa tidur ajid sekarang pukul 3-4pagi. walau macamana letih + penat sekalipun. kalau sebelum pukul 3 selalunya memang susah nak tidur. dalam bulan 4 nie saja dah 3 hari Ajid berjaga 24jam. tapi kalau da tidur susah la nak bangun.

so. korang-korang yang sudi baca blog ajid ni apa kata kongsikan sikit. maybe ada petua-petua nak bagi ajid senang tidur ke. or tidur lambat senang bangun ke.. ok...
wassalam

Wednesday 11 April 2012

Lama Juga Tak Update blog

Ermmm... ehem-ehem....
Assalamualaikum ladies and gentlemen sekalian... fuh... rasanya.. lama jugak ajid tak di jenguk blog ajid ni..
kalau nak di ikutkan memang da berhabuk, berdebu , berdaki dan segala macam lagi lah..
ade beberapa faktor yang membuatkan ajid tak buka blog ajid ni sekian lama..
antaranya.. hehehe.. ajid lupa pasword blog ajid nih.. lama sangat dibiarkan memang lupa la passwordnya..
masuk hari ni ada kot dekat 4 bulan x buka blog.. memang menunjukkan betapa rajin nya seorang insan bernama ajid ni.. haha...

emm...so.. ajid nak cerita sikit la...pasal semalam.. rasanya semua orang da tau kot..
pasal Tsunami yang sekali lagi berlaku berhampiran dengan negara kita..
dan negara jiran kita, Indonesia dikatakan menerima impak dari Tsunami tersebut..
menurut sumber yang ajid terima la kan.. Tsunami yang berlaku semalam hampir sama dengan yang berlaku di Jepun...gegaran sekuat 8.9 skala richter dengan kelajuan 800 km/h... dengan ombak setinggi 6 meter.. memang ajid tak dapat nak bayangkan la macamana benda tu..
tapi..
kecut perut jugak la bila kawasan ajid dok belajar ni.. dapat amaran untuk pindah ke tempat yang selamat...
sebabnya kawasan ni memang betul-betul tepi laut.. tapi Alhamdulillah... takda apa yang berlaku. dan dalam pukul 10 camtu.. dengar amaran tu ditarik balik.. lega rasa hati..

tu baru sikit Allah nak tunjuk.. tanda-tanda kecil kiamat..
wallahualam..