Thursday 19 April 2012

Ajid Dah Merapu..

Hye Semua.. Assalamualaikum bagi yang Muslim..

first of all... Terima Kasih banyak-banyak kepada kamu, kamu, dan kamu yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.. ikhlas dari hari Ajid.. huhu..

Jadi.. dalam semenjak dua menjak nehh (betul ke ayat aku ni?) Ajid rasa sesuatu yang tak kena. dan kompom-kompom pasal masalah hati. memang susah kan kalau kita ada masalah dengan hati. Hati adalah sesuatu yang tidak boleh diramal oleh manusia-manusia lain. dan kadang-kadang tuan punya hati tu pon tak boleh nak jangka hati dia sendiri. memang tabik spring toink toink la kat sapa-sapa yang boleh baca hati orang lain.. 

ada orang cakap. penantian tu sesuatu yang indah. tapi tak semua penantian yang indah tu akan indah selamanya. kalau di ikutkan. Ajid kalau boleh.. da tak nak menunggu seseorang. Ajid takut pisang berbuah dua kali.. pengalaman Ajid dulu-dulu memang membuatkan Ajid takut. tapi. Manusia diciptakan dengan sesuatu yang indah. dan yang indah itu adalah CINTA. 

tapi..
disebalik keindahannya kadang kala terpalit satu ketakutan bagi seseorang.. dan Ajid salah seorang dari mereka-mereka yang merasai ketakutan disebalik keindahan Cinta. untuk Mencintai seseorang itu mudah. tapi adakah mudah juga bagi seseorang itu untuk dicintai. Jawapannya adalah terpulang kepada seseorang yang melalui Jalan atau Lorong Cinta itu. dan bagi diri Ajid sendiri jawapannya adalah TIDAK.

Ajid sering rasakan diri ajid dah cukup kuat untuk terima segala kenyataan tentang Cinta keatas diri ajid. tapi ajid silap... tak sekuat yang disangkakan. Sering sangat ajid rasa nak mengalah bila fikir bab Cinta. memikirkan tentang orang yang akan membahagiakan ajid sampai akhir hayat nanti. orang yang sanggup berkongsi hidup dengan ajid sampai bila-bila. yang boleh terima ajid seadanya. yang boleh terima keluarga ajid, ibu, ayah sebagai sebahagian dari hidup selepas ni. 

Orang ramai cakap kat ajid. ni bukannya masa untuk bercinta belajar dulu..(hehehe) sampai bila. sekarang tengah belajar. cakap belajar dulu.cinta-cinta tu nanti...  nanti bila da kerja. orang cakap lak kerja dulu. cinta-cinta tu nanti. The question is!(amboi speking) salahkah kalau kita CUBA mencari kebahagiaan diri sendiri.. kita CUBA. walaupun kadang-kadang yang berlaku sebenarnya tidak seperti yang diharapkan.. at least kita CUBA. It's that wrong.(beranak kat perak je pon.. nak speaking.. puiii).. 

mungkin masa setahun ni tak cukup bagi dia dan bagi ajid sendiri. ajid banyak kelemahan. banyak sangat-sangat. ajid tak pandai nak amik hati orang. ajid tak pandai nak buat lawak bagai. ajid tak pandai nak romantik-romantik.. tapi.. ntah laa... hurmm...

2 comments:

  1. hmm, tak tau nak komen apa, tapi yang pasti kalau dah melibatkan perasaan ni, memang susah kita nak kawal..

    ReplyDelete
  2. memang susah kalo da pikir bab perasaan... jem jem.. haha

    ReplyDelete