Friday 23 December 2011

LELAKI DAN TANGISAN

Assalamualaikum dan hey ho lets go guys...

kebelakangan ni rajin pulak aku buat entry baru. Nak buat macamana, banyak pulak idea masuk dalam kepala otak aku. maybe sebab lama sangat cuti. otak aku ni da refresh dari segala macam hal yang berlaku. So. korang yang tengah bercuti. amacam. seronok tak. aku tau. bosan. haha

Jadi. kali ni aku nak "bercerita" pulak mengenai topik yang berkaitan dengan perempuan LELAKI. lelaki lagi.. dan... topik pada kali ni ialah AIR MATA SEORANG LELAKI. 

Untuk pengetahuan wanita-wanita dan gadis-gadis, lekaki juga adalah seorang Manusia yang punya hati dan perasaan. chewahh!!. but, secara jujur. memang ada lelaki yang mengeluarkan air mata atau senang cerita MELALAK MENANGIS. jadi. jangan terkejut kalau-kalau nanti korang nampak ada lelaki yang menangis. 

Sebenarnya memang menjadi fitrah makhluk yang bergelar Manusia akan menangis. buktinya. diawal kelahiran lagi, kita semua menangis. dan sesiapa yang tak menangis waktu lahir di katakan gila Tak Normal. Jadi sekeras mana pun hati seorang lelaki dan se-gangster manapun lelaki tersebut. dia pasti akan menangis cuma kita nampak atau tak saja. ada beberapa faktor yang membuatkan lelaki menangis.

1. Allah dan RasulNya.
hal ni selalu berlaku pada lelaki-lelaki yang beriman macam aku. kalau korang perasan kadang-kadang time solat ada imam-imam yang akan menangis ketika membacakan surah. tapi. dorang menangis bukan sebab keciwa bini lari ke mati ke. tapi kerana dorang menghayati makna surah dan mungkin menginsafi diri akan dosa-dosa lalu. i wish i will be like that someday. insyaAllah.

2. Ibu dan Ayah
bab ni kira paling sensitif sekali la. seorang lelaki yang baik dan anak yang soleh akan menitiskan air mata mereka jika sesuatu terjadi pada Ibu dan Ayah dorang. selalunya kita tau perempuan akan menangis dalam hal ni. sebab perempuankan insan yang mengada-ngada lemah. tapi jangan salah faham. lelaki menangis bukan kerana mereka menunjukkan mereka lemah namun kerana kasih dan sayang mereka kepada ibunda dan ayahanda tercinta. jadi. kepada kaum hawa. kalau korang tau ada lelaki yang menangis sebab teringat ibu bapa. ajak kahwin. bahagia hidup. hahahah ^-^

3. Masalah Yang Keterlaluan Berat
problem.. problem.. problem.. dan problem.. benda ni akan menghantui manusia tak kira lelaki ke perempuan. selalunya lelaki dalam hal ni korang akan nampak dorang menangis atas tikar sejadah la. bila masalah dah menimbun baru la nak ingat Tuhan. lelaki ohh lelaki. tapi perempuan pun sama jaa..

4. Awek/ Kekasih / Gepren/ Teman Wanita
bab ni aku paling tak suka. selalunya lelaki-lelaki yang setia namun dipermainkan oleh wanita-wanita berhati durjana la akan menangis. err... korang tak.. aku tau. tapi jangan ingat lelaki yang menangis kerana perempuan tu lemah sebaliknya ia satu cabaran buat dorang. so. kepada sesiapa yang suka mainkan hati lelaki. beware girls. tapikan, aku respek la kat perempuan yang mampu buat seorang lelaki yang berhati kental, semangat, baik hati, penyanyang menangis walaupun aku akan cekik-cekik korang kalau aku jumpak.

5. Gila
ini memang tak boleh nak buat apa la kan. kejap menangis kejap gelak kejap menyanyi kejap menangis lagi. kes ni masa je boleh menentukan. kalau yang jenis gila TALAK, gila JUDI, gila B*** tu memang aku tak berani nak cakap la. haha.

   -----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi. kepada kaum Adam yang baik hati, penyayang, setia, jujur, pemurah sekalian. jangan takut untuk menangis dan jangan menangis tanpa sebab. Air Mata seorang lelaki adalah terlalu berharga untuk dititiskan akan hal yang remeh temeh. Air Mata seorang lelaki bukan bermakna Lemah tapi sebagai permbakar semangat dan tidak sesekali menjadi tanda putus asa. Lelakikan ego tinggi, gila tak tercabar kalau menitis air mata. sorry to say lah derrr...

Thursday 22 December 2011

Couple Dulu Or Jumpa Dulu

hey guys..

so. kali ni aku ada topik baru jugak. sebab aku ada terbaca tentang hal ni di facebook yang ditanya oleh beberapa "rakan". jadi tergerak la hati aku untuk "bercerita" kat korang kali ni. ada yang tanya mana lebih elok "COUPLE DULU BARU JUMPA ATAU JUMPA DULU BARU COUPLE".

Sebenarnya, kedua-dua persoalan tu ada baik dan ada buruknya. disini aku cuba untuk merungkaikan permasalahan yang menghantui segelintir individu dengan pendapat aku sendiri.

   -----------------------------------------------------------------------------------------

First.
"couple dulu then baru jumpa".

1. Disini individu tak kira la lelaki ke perempuan ke dapat menilai kesetiaan pasangan korang. bagaimana. aku ambil contoh bercouple di facebook sebab ni contoh paling mudah. korang jatuh cinta apabila korang tengok pasangan korang punya "Profile Picture". then korang kenal-kenal. ngorat-ngorat dan ianya berbalas. then korang couple. so. korang tahu yang gambar dekat facebook tu kebanyakannya di edit habis. kira kalo jerawat batu besar mercun bola dekat pipi tu pun boleh hilang kalo edit. so dari situ. korang dapat rahsiakan hal sebenarnya daripada pasangan korang. so, dengan itu korang boleh lah berbahagia dengan pasangan korang tanpa mereka mengetahui hal sebenarnya tentang diri korang ataupun sebaliknya ataupun kedua-duanya sekali mengikut terma dan syarat. so. nanti bila korang da jumpa, "jerawat besar pon takpa, janji couple". dan happy ending.

it is NO. korang salah sebenarnya. apabila perkara di atas berlaku dan apabila korang lakukan perkara diatas. mungkin pasangan anda akan menganggap anda menipu dan membuatkan diri mereka tertipu. dan itu sedikit sebanyak meruntuhkan kepercayaan pasangan korang kepada korang. lainlah kalo pasangan korang jenis tak memilih dan mampu menerima korang seadanya. but. it is still BAHAYA.


 2. korang mungkin mengambil iktibar mengenai pengalaman orang-orang dulu or maybe ibu bapa korang yang tak pernah berjumpa. tetiba kahwin. then bahagia sampai sekarang. dan disebabkan itu korang percaya kalau couple dulu then baru jumpa akan membuat korang bahagia ke akhir hayat.

ianya juga TIDAK. korang dah besarkan. boleh bezakan couple dengan kahwin. kalau kahwin maybe cinta akan berputik walaupun sebelum ni tak kenal pun siapa pasangan. tapi couple adalah satu yang sangat berbeza dengan kahwin. sebab. contoh, korang couple dengan seseorang. then bila korang jumpa dengan dia. korang tau yang dia adalah penjenayah paling dikehendaki di Malaysia. korang sanggup ke kata "da jodoh... nak buat macamana.. terima je lah". orang dah kahwin pun belum tentu cakap macam tu kalo dalam situasi yang sama. inikan pula couple. errrghhh...


Second,
"Jumpa dulu then baru couple".

1. seriously. aku lebih prefer cara ni dari cara diatas yang risikonya terlalu sangat tinggi. Dengan cara "jumpa dulu baru couple" ni, sedikit sebanyak korang dah kenal secara kasar orang yang korang nak jadikan pasangan. tapi tak bermakna korang dah kenal hati budi macamana. "don't judge the book by it's cover". tapi dengan jumpa dulu. korang boleh la bagi "first impression" mengenai orang yang nak dijadikan pasangan.

tapi. ada tapi jugak. kaedah ni jugak boleh membahayakan perasaan korang. example. ada "seseorang" yang ngorat-ngorat korang dekat facebook. yang mana gambar profile korang "pergghhhhhhh.." tapi nyatanya tak. so. korang pon kata kalo betul nak jumpa dulu. then korang jumpa. lepas tu "seseorang" tu tak leh terima korang sebab "indah khabar dari rupa". jadi korang pun keciwa.. nak terjun bagunan segala bagai. so.. it is still DANGEROUS you know....

2. macam aku kata cara nie lebih selamat. walaupun ada yg kata dulu orang bercinta selepas kahwin walaupun tak pernah jumpa sebelum tu, bahagia sampai tua. woi woi woi... itu DULU. bukan SEKARANG. sekarang ni nak dengar cerita macam tu setahun sekali pon belum tentu tau tak? kalodulu bahagia sebab jodoh ditentu oleh keluarga walaupun tak pernah jumpa. tapi sekarang jodoh diri sendiri tentu yang "kompem-kompem" kena jumpa dulu.

tak jugak sebenarnya... cara mudah.. biar mak ayah cari.. senang.. takyah korang susah-susah jumpa or couple semua ni.. kan kan kan.. heheh

   ---------------------------------------------------------------------------------------


setiap apa yang berlaku ada baik dan ada buruknya. tak semua yang jadi sebelum ni baik kat orang lain, akan baik kat kita. so. tak salah kita mencuba apa yang kita rasa baik untuk diri kita. tapi berani buat berani tanggung la. aku tak masuk campur.. hahaha..

Tuesday 20 December 2011

Asyik Lelaki Je Disalahkan... pftttt!!

Assalamualaikum. hey guys!!

So. dah agak lama rasanya aku tak update blog aku ni. korang sihat?? huhu

Jadi. aku sebenarnya nak bincang satu topik. agak penting. tapi bukan kontroversi. tak da kena mengena dengan artis. topik yang aku nak bincangkan ni mungkin akan  membuat beberapa pihak terasa. tapi untuk kebaikan. aku rasa takpa kot.. jadi topik kali ni ialah KENAPA.. sabar soalan tak habis lagi.. KENAPA ADA WANITA SELALU SALAHKAN LELAKI BILA KORANG BERGADUH??

haa... ini la tajuknya. tapi sebelum tu. aku ada beberapa pendapat yang aku nak kongsikan dengan korang. sebab aku sebagai lelaki memang ofcos la tak setuju dengan perbuatan diatas. asyik lelaki je kena mana boleh tahan kan...

1.  asal bergaduh je lelaki dipersalahkan. lelaki itu la. lelaki ini la.. kira yang buruk semua lelaki. kira dalam semua hal perempuan je la yang betul. dan lelaki dalam hal ni akan banyak mendiamkan diri. tapi girls.. korang patut faham situasi ni. lelaki yang hanya mendiamkan diri apabila disalahkan terutamanya oleh girls-girls sekalian tak bermakna mereka mengakui bahawa tu salah mereka. diam tak bermakna salah kan. jadi dalam hal ni. orang perempuan perlu berhati-hati sebab lelaki juga makhluk tuhan yang ada hati dan perasaan. serius.. susah hidup korang kalau ada lelaki tersinggung dengan korang.

2.  bukan ke lebih baik korang bincang elok-elok. secara jujurnya aku cakap. tuduh menuduh antara satu sama lain tak membantu menyelesaikan masalah. So. setiap kali ada pergaduhan or perselisihan faham. bincang la elok-elok. kan lebih baik.

3.  yang ni aku rasa berat sikit. sebab benda nie aku yakin orang perempuan memang selalu lakukan. hehe.. bila korang bergaduh or selisih faham. then korang tahu yang berselisih tu memang salah korang. korang still dan still dan still lagi menyalahkan lelaki. kononnya lelaki lah punca perselisihan faham tu terjadi.. "kemon lahh".. dah salah tu salah la... mengaku taknak. ego.

4.  lelaki ni adakala nya berhati lembut. selalu mengalah. penyayang. baik hati. tak ego. pemaaf. Tapi itu bukan satu peluang untuk kaum hawa meletakkan semua beban pada kaum adam. tak kesian ke tengok lelaki bertungkus lumus cuba bahagiakan korang (perempuan). korang asyik menyalahkan dia je. kalau lelaki tu cari lain baru korang tau.. padan muka.

5.  asal lelaki balik lambat je. korang cakap jumpa perempuan lain. asal lelaki keluar tak bagitau korang je. korang cakap pergi dating dengan perempuan lain. asal lelaki keluar dengan perempuan je. korang cakap lelaki curang. aduhhhh. matured sikit boleh tak?? lelaki dah la penat balik kerja. kena tuduh macam-macam lagi. then bila bergaduh.. mula la itu ini.. nak balik rumah mak la.. jangan cari dia la. jangan itu la jangan ini.. tapi lelaki jugak yang kena buat. memang tak adil. huh!

 _____________________________________________________________________________

jadi... tu semua pendapat dan pendapatan aku la... aku teringin nak tau apa pendapat korang.. samada korang setuju atau tidak. atau korang nak tambah lagi ke apa yang aku tulis. serius.. aku nak TAHU..

Friday 23 September 2011

Itu Yang Terbaik

SEMALAM..
perkara yang aku mintak takkan jadi..
akhirnya terjadi..
"ak benci ko yazid"
ungkapan yang telah terungkap dari dia..
perbualan mengenai kematian aku yang akhirnya membawa kepada kebencian dari dia..
takpa lah mungkin itu yang terbaik..
sekurang-kurangnya..
tiada lagi seorang insan yang jelek mengganggu hidup dia...
walaupun hakikatnya aku masih menyayangi dia..
mungkin ajal maut tu ditangan tuhan..
tapi kadang-kala tanda-tanda kematian itu diberi pada mereka yang dikehendakinya...
tak kira yang tersurat dan yang tersirat..
kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan..
kepada si dia..
aku MINTA MAAF sekali lagi atas segala perbuatan aku..
dan TERIMA KASIH atas kebahagian yang telah kau bagi kat aku selama nie..
samada kau sedar atau tak sedar..
mungkin lepas ni tak boleh lagi aku dengar suara kau..
tak boleh lagi aku rasa dimarahi oleh kau...
semua tu akan jadi kenangan dalam hidup aku..

Thursday 22 September 2011

Today In Ajid's Life

Jadi...
hari ni.
benda yang aku takut nak jadi semalamnya.
TERJADI..
aku lewat masuk exam.
perghh!! setengah jam pulak tu lewat hadoi.
tu pun nasib baik miss prihatin call aku.(thanks miss)
kalau tidak.
kosong la alamatnya markah exam 3P aku.
exam pulak tak nak susah soalannya..
dari pada 3.
yang aku jawab cuma dua...
yang satu lagi tu memang tak tau nak jawab pon.
hadoi.!! ini la akibatnya kalo tidor tak kunci jam.

anothernya.
aku di cop sombong tadi...
aik!!!
punye la peramah nak mampos di kate aku sombong(peramah la sgt)
seriously..
saya tak nampak awak ade kat situ.
sory eh! hehe

them di malam harinya..
aku ditugaskan oleh cik yoe(lecturer) untuk menjadi SUARA LATAR.. 
untuk VIDEO KOPRAT kolej..
pandai la pulak aku berkata-kata..
nak tak nak.. amanah telah diberi...
dekat 2 jam juga la rakam suara aku yang tah pa pe nie..
naik sakit tekak-tekak...
yang rakam nye 5 minit je audio tuh...
tp disebabkan keAMATURan aku dalam bidang suara latar...
amik ko.. dua jam..
hahahaha

Tuesday 20 September 2011

Terima Sajalah Ajid

hidup ini tak semestinya indah....
right..
kadang-kadang kita perlu terima apa yang jadi seadanya...
tak kisah lah apa yang jadi tu baik ataupun buruk...
mungkin markah itu penting...
tapi mungkin takdir...
orang yang lemah kan tetap bersama orang yang lemah..
akan berada di takuk yang bawah..
dan orang yang bagus akan terus berjaya tanpa cacat dan cela..
itu lah kenyataan bagi dunia yang fana ini...
kurang sekali yang berjaya akan memandang ke bawah...
apatah lagi mahu membantu mereka mereka yang dibawah..
apa boleh buat...
kepentingan diri harus diutamakan...
orang lain tidak akan membantu mereka berjaya..
mungkin begitu lah hendaknya dan apa yang mereka fikirkan..

seminggu sebelum hari raya aidilfitri lepas..
assignment english aku telah hilang dari data..
assigment aku ialah rakaman temu bual bersama foreigner ataupun visitor..
dan mereka hendaklah berbahasa inggeris dan bukan orang Malaysia...
jadi video yang telah aku rakamkan selama 6 minit lebih telah hilang...
dan aku percaya..
seseorang telah memadamkannya..
tapi apa boleh buat...
tak dak sapa yang nk mengaku...
dan aku lebih rela markah aku 0..
bukan senang nak cari caucasian tu...

so..
memang betol..
hidup ini tak selalunya indah..
ada puak-puak yang suka membaling batu menyorok tangan..
aku tak kisah..
walaupun dalam hati aku ni dah membuak..
disamping assignment baru yang bertajuk RADIOSHOW di pinggirkan oleh orang yang serumah..
apa boleh buat...
terima je lah YAZID YUSOF

AWAK

awak...
saya nak awak tahu . 
yang SAYA SAYANGKAN AWAK SANGAT-SANGAT..
its okay la kalau awak tak terima saya .
saya just nak awak tahu yang saya jujur dengan awak .
maybe disebabkan kekurangan saya .
awak sukar nak terima saya .
tapi takpa .
asalkan awak tahu yang saya sayangkan awak cukup lah .
saya pernah cakapkan .
saya nak awak izinkan saya miliki awak dalam khayalan saya . 
mimpi dan angan-angan .
and I mean it.
maaflah kalau awak tak izinkan .
sebab saya dah curi-curi buat apa yang awak tak izinkan tu.
maaf ehh .
saya tau memang sukar nak  melupakan seseorang yang pernah disayangi .
saya mintak maaf kalau saya macam memaksa awak .
im so sorry

Wednesday 7 September 2011

A Story Without A Title

aku da buntu.
aku da tak tau buat apa lagi.
aku bukan jenis yang pandai ambil hati orang.
tapi ape lagi yang aq kena buat untuk ambl hati DYA.
aku da buntu bhai.
sekurang-kurang bagi aku peluang.
sekali pun da cukup bagi aku.
kadang2 aku rasa da penat. letih.
kadang2 aku terfikir untuk putus asa.
tapi AKU SAYANG DYA.
aku tak tau nak buat ape lagi untuk buat dya paham aku sayangkan dya.
aku x tau nak buat ape lagi untuk buat dya jatuh hati kat aku.
bukan mudah untuk aku jatuh hati.
dan bukan mudah jugak aku nak lupakan seseorang.
sampai bila aku nak terus berangan miliki dya.
semua orang mahukan apa yang diangankan jadi kenyataan.
kalau dulu mungkin hati aku cukup kuat untuk tahan semua ni.
tapi sekarang.
hati aku da x macam dulu.
da tak sekuat dulu.
maafkan aku kalau post nie buat dya tersinggung.

Monday 29 August 2011

so...
setelah lama mendiamkan diri...
im back now...
so kepada semua teman2..
sahabat handai..
guru-guru...
dan seluruh umat islam...
salam aidilfitri untuk anda semua....
maaf zahir dan batin.
salah dan silap harap dimaafi..
ikhlas dari : YAZID YUSOF

Saturday 6 August 2011

Tanda-Tanda Awal Menghampiri Kematian

salam .
tujuan aku post kali ini adalah untuk beri kesedaran tentang hari kematian kita .
so .
berikut adalah tanda-tanda yang ditinggalkan Allah untuk menyedarkan kita tentang kematian kita .
tanda-tandanya dimulai:

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak



samalah kita bermuhasabah diri dan mengingatkan diri kita mengenai hari kematian kita...
moga kita tidak terleka dengan perkara-perkara duniawi....

wassalam

Friday 5 August 2011

Izinkan Aku Mencintai Dia KeranaMu

Untuk Mencintai seseorang adalah mudah....
Tetapi untuk dicintai oleh seseorang itu adalah sesuatu yang memungkinkan .
dan cinta kepada yang Esa adalah cinta yang Sempurna
kerana Dia mencintai hambaNya yang mencintaiNya .

mungkin aku dah tersimpang jauh dari nukilan diatas...
tapi kenapa ?
bukankah setiap insan di muka bumi ini ingin cinta dan dicintai ?
dan bukankah setiap insan dimuka bumi ini diciptakan berpasang-pasangan ?
aku mencintai seseorang 
namun aku sampai sekarang tidak mengetahui perasaan dia terhadap aku
kenapa ?
insan biasa tidak mampu dan tidak mempunyai kebolehan membaca fikiran insan lain
"cintalah insan yang mencintai kita bukan insan yang kita cintai"
tapi siapa ?
semuanya telah tertulis di dalam Qada & QadarNya
Jodoh , Pertemuan, Maut semua terletak ditanganNya
aku percaya akan semua itu
namun kenapa perasaan sayang aku terhadap insan yang lain masih timbul
kenapa aku masih mencuba untuk memilikinya
walaupun aku percaya itu semua telah tertulis dalam Qada & Qadarku
aku mengerti kini
"Dia takkan mengubah nasib hambaNya jika hambaNya sendiri tidak berusaha mengubah nasibnya sendiri"

Ya.. aku mencintai dia .
namun adakah aku mencintai dia keranaNya
aku ingin miliki dia .
tapi adakah aku mampu miliki hatinya
atau sekadar aku hanya mampu milikinya dalam mimpi dan anganku
Ya Allah...
izinkanlah aku mencintai dia keranaMu

3 Golongan Yang Menghuni Neraka Jahanam 7 kali Umur Dunia

” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil”


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .
Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.
Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fardu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .
Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).
Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

2. Tidak tipis dan tidak jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidakketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.


Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.
Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.
Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.
Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan ‘orang alim tetapi jahil’

Thursday 4 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 
AL-MUBARAK

Hikmah Diam


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(RiwayatBukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Adab-Adab Berpuasa Dan Bersolat Tarawikh

Assalamualaikum....
so...
kali ini... sempena bulan ramdahan yang mulia nie...
aq nak post pasal adab-adab berpuasa dan solat tarawikh....
harap... nie dapat dijadikan panduan kepada kita umat islam....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 


i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya. 



ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan yang sia-sia. 



iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal. 



iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. 

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.  



vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin.  



viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 



'Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib'. 



ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. 

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.


jadi...
sama2 lah kita mencari keberkatanNya dalam bulan yang mulia ini...
diharapkan informasi diatas dapat memberi pengetahuan kepada kita....
wassalam



Wednesday 3 August 2011

Blog Baru

Assalamualaikum....
so ..
ni first post untuk blog baru neh....
terciptanya blog baru neh sebab blog lama aq kena "block"..!!!
ntah ape jadah kene block pn aku tak tahu....
jadi...
ni yang baru....
sume kejadian-kejadian dan segala-galanya akan dipost disini....
jadi,,,
tu je lah....
malas nak membebel.....
adios!!