Tuesday 20 December 2011

Asyik Lelaki Je Disalahkan... pftttt!!

Assalamualaikum. hey guys!!

So. dah agak lama rasanya aku tak update blog aku ni. korang sihat?? huhu

Jadi. aku sebenarnya nak bincang satu topik. agak penting. tapi bukan kontroversi. tak da kena mengena dengan artis. topik yang aku nak bincangkan ni mungkin akan  membuat beberapa pihak terasa. tapi untuk kebaikan. aku rasa takpa kot.. jadi topik kali ni ialah KENAPA.. sabar soalan tak habis lagi.. KENAPA ADA WANITA SELALU SALAHKAN LELAKI BILA KORANG BERGADUH??

haa... ini la tajuknya. tapi sebelum tu. aku ada beberapa pendapat yang aku nak kongsikan dengan korang. sebab aku sebagai lelaki memang ofcos la tak setuju dengan perbuatan diatas. asyik lelaki je kena mana boleh tahan kan...

1.  asal bergaduh je lelaki dipersalahkan. lelaki itu la. lelaki ini la.. kira yang buruk semua lelaki. kira dalam semua hal perempuan je la yang betul. dan lelaki dalam hal ni akan banyak mendiamkan diri. tapi girls.. korang patut faham situasi ni. lelaki yang hanya mendiamkan diri apabila disalahkan terutamanya oleh girls-girls sekalian tak bermakna mereka mengakui bahawa tu salah mereka. diam tak bermakna salah kan. jadi dalam hal ni. orang perempuan perlu berhati-hati sebab lelaki juga makhluk tuhan yang ada hati dan perasaan. serius.. susah hidup korang kalau ada lelaki tersinggung dengan korang.

2.  bukan ke lebih baik korang bincang elok-elok. secara jujurnya aku cakap. tuduh menuduh antara satu sama lain tak membantu menyelesaikan masalah. So. setiap kali ada pergaduhan or perselisihan faham. bincang la elok-elok. kan lebih baik.

3.  yang ni aku rasa berat sikit. sebab benda nie aku yakin orang perempuan memang selalu lakukan. hehe.. bila korang bergaduh or selisih faham. then korang tahu yang berselisih tu memang salah korang. korang still dan still dan still lagi menyalahkan lelaki. kononnya lelaki lah punca perselisihan faham tu terjadi.. "kemon lahh".. dah salah tu salah la... mengaku taknak. ego.

4.  lelaki ni adakala nya berhati lembut. selalu mengalah. penyayang. baik hati. tak ego. pemaaf. Tapi itu bukan satu peluang untuk kaum hawa meletakkan semua beban pada kaum adam. tak kesian ke tengok lelaki bertungkus lumus cuba bahagiakan korang (perempuan). korang asyik menyalahkan dia je. kalau lelaki tu cari lain baru korang tau.. padan muka.

5.  asal lelaki balik lambat je. korang cakap jumpa perempuan lain. asal lelaki keluar tak bagitau korang je. korang cakap pergi dating dengan perempuan lain. asal lelaki keluar dengan perempuan je. korang cakap lelaki curang. aduhhhh. matured sikit boleh tak?? lelaki dah la penat balik kerja. kena tuduh macam-macam lagi. then bila bergaduh.. mula la itu ini.. nak balik rumah mak la.. jangan cari dia la. jangan itu la jangan ini.. tapi lelaki jugak yang kena buat. memang tak adil. huh!

 _____________________________________________________________________________

jadi... tu semua pendapat dan pendapatan aku la... aku teringin nak tau apa pendapat korang.. samada korang setuju atau tidak. atau korang nak tambah lagi ke apa yang aku tulis. serius.. aku nak TAHU..

3 comments:

  1. hahakkhakkk.. sabar separuh dari iman.. sabar wat x tau dah... sebab umar al-khatab berkata: sabarlah wahai kaum adam sekalian kerana si isteri yang menjaga makan minummu, dia juga yang membasuh pakainmu, dan dia juga yang menjadi temanmu ketika kamu kerungsingan. oleh itu anggap saja leteran dari seorang isteri itu adalah bukti dan sayangnya dia kepadamu.. lebih kurang mcm 2 lah kata2 umar al-khatab...(di petik dari majalah solusi edisi x ingat)so sabar jer... x leh sabar kawin len kalau mampu..hahaaakkkkk kalau nak kena penyapu(Gurauan semata-mata)

    ReplyDelete
  2. paling gua tak bleyh blah... ayat universal pompuan. - "Lelaki semua sama je!" lol. ^^

    ReplyDelete
  3. @antara memang itu ayat maut yang kebanyakan pompuan guna skrg... tak leh nak kata apa lagi dah kalo ayat tu keluar.. ^^

    ReplyDelete