Thursday 22 December 2011

Couple Dulu Or Jumpa Dulu

hey guys..

so. kali ni aku ada topik baru jugak. sebab aku ada terbaca tentang hal ni di facebook yang ditanya oleh beberapa "rakan". jadi tergerak la hati aku untuk "bercerita" kat korang kali ni. ada yang tanya mana lebih elok "COUPLE DULU BARU JUMPA ATAU JUMPA DULU BARU COUPLE".

Sebenarnya, kedua-dua persoalan tu ada baik dan ada buruknya. disini aku cuba untuk merungkaikan permasalahan yang menghantui segelintir individu dengan pendapat aku sendiri.

   -----------------------------------------------------------------------------------------

First.
"couple dulu then baru jumpa".

1. Disini individu tak kira la lelaki ke perempuan ke dapat menilai kesetiaan pasangan korang. bagaimana. aku ambil contoh bercouple di facebook sebab ni contoh paling mudah. korang jatuh cinta apabila korang tengok pasangan korang punya "Profile Picture". then korang kenal-kenal. ngorat-ngorat dan ianya berbalas. then korang couple. so. korang tahu yang gambar dekat facebook tu kebanyakannya di edit habis. kira kalo jerawat batu besar mercun bola dekat pipi tu pun boleh hilang kalo edit. so dari situ. korang dapat rahsiakan hal sebenarnya daripada pasangan korang. so, dengan itu korang boleh lah berbahagia dengan pasangan korang tanpa mereka mengetahui hal sebenarnya tentang diri korang ataupun sebaliknya ataupun kedua-duanya sekali mengikut terma dan syarat. so. nanti bila korang da jumpa, "jerawat besar pon takpa, janji couple". dan happy ending.

it is NO. korang salah sebenarnya. apabila perkara di atas berlaku dan apabila korang lakukan perkara diatas. mungkin pasangan anda akan menganggap anda menipu dan membuatkan diri mereka tertipu. dan itu sedikit sebanyak meruntuhkan kepercayaan pasangan korang kepada korang. lainlah kalo pasangan korang jenis tak memilih dan mampu menerima korang seadanya. but. it is still BAHAYA.


 2. korang mungkin mengambil iktibar mengenai pengalaman orang-orang dulu or maybe ibu bapa korang yang tak pernah berjumpa. tetiba kahwin. then bahagia sampai sekarang. dan disebabkan itu korang percaya kalau couple dulu then baru jumpa akan membuat korang bahagia ke akhir hayat.

ianya juga TIDAK. korang dah besarkan. boleh bezakan couple dengan kahwin. kalau kahwin maybe cinta akan berputik walaupun sebelum ni tak kenal pun siapa pasangan. tapi couple adalah satu yang sangat berbeza dengan kahwin. sebab. contoh, korang couple dengan seseorang. then bila korang jumpa dengan dia. korang tau yang dia adalah penjenayah paling dikehendaki di Malaysia. korang sanggup ke kata "da jodoh... nak buat macamana.. terima je lah". orang dah kahwin pun belum tentu cakap macam tu kalo dalam situasi yang sama. inikan pula couple. errrghhh...


Second,
"Jumpa dulu then baru couple".

1. seriously. aku lebih prefer cara ni dari cara diatas yang risikonya terlalu sangat tinggi. Dengan cara "jumpa dulu baru couple" ni, sedikit sebanyak korang dah kenal secara kasar orang yang korang nak jadikan pasangan. tapi tak bermakna korang dah kenal hati budi macamana. "don't judge the book by it's cover". tapi dengan jumpa dulu. korang boleh la bagi "first impression" mengenai orang yang nak dijadikan pasangan.

tapi. ada tapi jugak. kaedah ni jugak boleh membahayakan perasaan korang. example. ada "seseorang" yang ngorat-ngorat korang dekat facebook. yang mana gambar profile korang "pergghhhhhhh.." tapi nyatanya tak. so. korang pon kata kalo betul nak jumpa dulu. then korang jumpa. lepas tu "seseorang" tu tak leh terima korang sebab "indah khabar dari rupa". jadi korang pun keciwa.. nak terjun bagunan segala bagai. so.. it is still DANGEROUS you know....

2. macam aku kata cara nie lebih selamat. walaupun ada yg kata dulu orang bercinta selepas kahwin walaupun tak pernah jumpa sebelum tu, bahagia sampai tua. woi woi woi... itu DULU. bukan SEKARANG. sekarang ni nak dengar cerita macam tu setahun sekali pon belum tentu tau tak? kalodulu bahagia sebab jodoh ditentu oleh keluarga walaupun tak pernah jumpa. tapi sekarang jodoh diri sendiri tentu yang "kompem-kompem" kena jumpa dulu.

tak jugak sebenarnya... cara mudah.. biar mak ayah cari.. senang.. takyah korang susah-susah jumpa or couple semua ni.. kan kan kan.. heheh

   ---------------------------------------------------------------------------------------


setiap apa yang berlaku ada baik dan ada buruknya. tak semua yang jadi sebelum ni baik kat orang lain, akan baik kat kita. so. tak salah kita mencuba apa yang kita rasa baik untuk diri kita. tapi berani buat berani tanggung la. aku tak masuk campur.. hahaha..

No comments:

Post a Comment