Friday 5 August 2011

Izinkan Aku Mencintai Dia KeranaMu

Untuk Mencintai seseorang adalah mudah....
Tetapi untuk dicintai oleh seseorang itu adalah sesuatu yang memungkinkan .
dan cinta kepada yang Esa adalah cinta yang Sempurna
kerana Dia mencintai hambaNya yang mencintaiNya .

mungkin aku dah tersimpang jauh dari nukilan diatas...
tapi kenapa ?
bukankah setiap insan di muka bumi ini ingin cinta dan dicintai ?
dan bukankah setiap insan dimuka bumi ini diciptakan berpasang-pasangan ?
aku mencintai seseorang 
namun aku sampai sekarang tidak mengetahui perasaan dia terhadap aku
kenapa ?
insan biasa tidak mampu dan tidak mempunyai kebolehan membaca fikiran insan lain
"cintalah insan yang mencintai kita bukan insan yang kita cintai"
tapi siapa ?
semuanya telah tertulis di dalam Qada & QadarNya
Jodoh , Pertemuan, Maut semua terletak ditanganNya
aku percaya akan semua itu
namun kenapa perasaan sayang aku terhadap insan yang lain masih timbul
kenapa aku masih mencuba untuk memilikinya
walaupun aku percaya itu semua telah tertulis dalam Qada & Qadarku
aku mengerti kini
"Dia takkan mengubah nasib hambaNya jika hambaNya sendiri tidak berusaha mengubah nasibnya sendiri"

Ya.. aku mencintai dia .
namun adakah aku mencintai dia keranaNya
aku ingin miliki dia .
tapi adakah aku mampu miliki hatinya
atau sekadar aku hanya mampu milikinya dalam mimpi dan anganku
Ya Allah...
izinkanlah aku mencintai dia keranaMu

2 comments: