Thursday 4 August 2011

Adab-Adab Berpuasa Dan Bersolat Tarawikh

Assalamualaikum....
so...
kali ini... sempena bulan ramdahan yang mulia nie...
aq nak post pasal adab-adab berpuasa dan solat tarawikh....
harap... nie dapat dijadikan panduan kepada kita umat islam....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 


i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya. 



ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan yang sia-sia. 



iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal. 



iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. 

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.  



vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin.  



viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 



'Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib'. 



ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. 

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.


jadi...
sama2 lah kita mencari keberkatanNya dalam bulan yang mulia ini...
diharapkan informasi diatas dapat memberi pengetahuan kepada kita....
wassalam



No comments:

Post a Comment