Friday 5 August 2011

3 Golongan Yang Menghuni Neraka Jahanam 7 kali Umur Dunia

” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil”


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .
Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.
Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fardu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .
Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).
Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

2. Tidak tipis dan tidak jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidakketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.


Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.
Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.
Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.
Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan ‘orang alim tetapi jahil’

No comments:

Post a Comment