Friday 23 December 2011

LELAKI DAN TANGISAN

Assalamualaikum dan hey ho lets go guys...

kebelakangan ni rajin pulak aku buat entry baru. Nak buat macamana, banyak pulak idea masuk dalam kepala otak aku. maybe sebab lama sangat cuti. otak aku ni da refresh dari segala macam hal yang berlaku. So. korang yang tengah bercuti. amacam. seronok tak. aku tau. bosan. haha

Jadi. kali ni aku nak "bercerita" pulak mengenai topik yang berkaitan dengan perempuan LELAKI. lelaki lagi.. dan... topik pada kali ni ialah AIR MATA SEORANG LELAKI. 

Untuk pengetahuan wanita-wanita dan gadis-gadis, lekaki juga adalah seorang Manusia yang punya hati dan perasaan. chewahh!!. but, secara jujur. memang ada lelaki yang mengeluarkan air mata atau senang cerita MELALAK MENANGIS. jadi. jangan terkejut kalau-kalau nanti korang nampak ada lelaki yang menangis. 

Sebenarnya memang menjadi fitrah makhluk yang bergelar Manusia akan menangis. buktinya. diawal kelahiran lagi, kita semua menangis. dan sesiapa yang tak menangis waktu lahir di katakan gila Tak Normal. Jadi sekeras mana pun hati seorang lelaki dan se-gangster manapun lelaki tersebut. dia pasti akan menangis cuma kita nampak atau tak saja. ada beberapa faktor yang membuatkan lelaki menangis.

1. Allah dan RasulNya.
hal ni selalu berlaku pada lelaki-lelaki yang beriman macam aku. kalau korang perasan kadang-kadang time solat ada imam-imam yang akan menangis ketika membacakan surah. tapi. dorang menangis bukan sebab keciwa bini lari ke mati ke. tapi kerana dorang menghayati makna surah dan mungkin menginsafi diri akan dosa-dosa lalu. i wish i will be like that someday. insyaAllah.

2. Ibu dan Ayah
bab ni kira paling sensitif sekali la. seorang lelaki yang baik dan anak yang soleh akan menitiskan air mata mereka jika sesuatu terjadi pada Ibu dan Ayah dorang. selalunya kita tau perempuan akan menangis dalam hal ni. sebab perempuankan insan yang mengada-ngada lemah. tapi jangan salah faham. lelaki menangis bukan kerana mereka menunjukkan mereka lemah namun kerana kasih dan sayang mereka kepada ibunda dan ayahanda tercinta. jadi. kepada kaum hawa. kalau korang tau ada lelaki yang menangis sebab teringat ibu bapa. ajak kahwin. bahagia hidup. hahahah ^-^

3. Masalah Yang Keterlaluan Berat
problem.. problem.. problem.. dan problem.. benda ni akan menghantui manusia tak kira lelaki ke perempuan. selalunya lelaki dalam hal ni korang akan nampak dorang menangis atas tikar sejadah la. bila masalah dah menimbun baru la nak ingat Tuhan. lelaki ohh lelaki. tapi perempuan pun sama jaa..

4. Awek/ Kekasih / Gepren/ Teman Wanita
bab ni aku paling tak suka. selalunya lelaki-lelaki yang setia namun dipermainkan oleh wanita-wanita berhati durjana la akan menangis. err... korang tak.. aku tau. tapi jangan ingat lelaki yang menangis kerana perempuan tu lemah sebaliknya ia satu cabaran buat dorang. so. kepada sesiapa yang suka mainkan hati lelaki. beware girls. tapikan, aku respek la kat perempuan yang mampu buat seorang lelaki yang berhati kental, semangat, baik hati, penyanyang menangis walaupun aku akan cekik-cekik korang kalau aku jumpak.

5. Gila
ini memang tak boleh nak buat apa la kan. kejap menangis kejap gelak kejap menyanyi kejap menangis lagi. kes ni masa je boleh menentukan. kalau yang jenis gila TALAK, gila JUDI, gila B*** tu memang aku tak berani nak cakap la. haha.

   -----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi. kepada kaum Adam yang baik hati, penyayang, setia, jujur, pemurah sekalian. jangan takut untuk menangis dan jangan menangis tanpa sebab. Air Mata seorang lelaki adalah terlalu berharga untuk dititiskan akan hal yang remeh temeh. Air Mata seorang lelaki bukan bermakna Lemah tapi sebagai permbakar semangat dan tidak sesekali menjadi tanda putus asa. Lelakikan ego tinggi, gila tak tercabar kalau menitis air mata. sorry to say lah derrr...

No comments:

Post a Comment